Selamat Tengahari semua, ini nak kongsi resepi pavlova
gebus kan..kan..
Bahan-bahan:
1. 4 biji telur- ambil yang putih sahaja
2. 3/4 cawan gula castor
3. 1 sudu besar tepung jagung
4. esen vanilla
5. 1 sudu besar cuka
Cara-cara:
1.Panaskan oven pada 140 darjah selama 1 jam atau sehingga masak.
2. pukul putih telur tadi pada kelajuan paling tinggi, sampai BERTANDUK..atau kental yup,lepas itu masuk kan sedikit demi sedikit gula castor sambil pukul
macam nie tanduk die hahahha...
3. masukkan tepung jagung kalau nak putih gebu masukkan lebih sedikit tepung jagung,
esen vanilla dan cuka dan kacau pakai spatula jew.
4. masukkan meringue dalam loyang yang di alas dengan kertas dan masuk kan kedalam oven
*bakar dalam jangka masa yang lama dengan suhu rendah dapat memberikan pavlova berwarna putih gebus.
topping:
1. setengah cawan whiping cream
pukul dengan kelajuan yang tinggi dan sampai BERTANDUK..
2. buah seperti strawbery , kiwi dan anggur sebagai hiasan dan dapat mengurangkan rasa manis pavlova.
sekian terima kasih.


No comments:
Post a Comment