Day 2
Ok
sambung entry hari kedua kami di Bandung, breakfast siap-siap di hotel terus
Pak Supir bawak kami ke Pasar Baru separuh jalan tiba-tiba kenderaan kami rosak
ramai jugak polis trafik die datang tolong tolak kenderaan kami ke tepi,
sementara tunggu Pak Supir dok tengok-tengok kenderaan kami makan di KFC.
Kebetulan masa itu nak Pilihanraya
jadi banyak lar polis trafik jaga
lalulintas, ada dalam satu jam jugak kami tunggu aku dah bising marahkan Pak
Supir suruh die cari Kenderaan lain pasal rugi dah masa aku, ngam-ngam satu jam
kenderaan tu boleh hidup balik konon
pagi nak pergi pasar baru dalam tengah hari nak ke Floating Market terus tak
jadi sudah nya terus ke Pasar Baru maaf gambar di Pasar Baru tak ada pasal kami
berpecah tepat jam 5.OO petang jumpa balik dekat tempat letak kenderaan di
tingkat atas sekali kalau tak silap aku kate Pak Supir lantai 8 (ingat-ingat
lupa ) tak sempat dah nak ambik gambar gile menghabiskan duit ada pun gambar
kain lace.
Selesai di Pasar Baru kami pulang ke Hotel mandi sembayang rehat dlm pukul 8.00 malam keluar untuk pergi makan Pak Supir bawak kami makan Ayam Penyet di sekitar Factory Outlet selesai makan kami pusing-pusing dan singgah dalam satu ke dua outlet sahaja kemudian terus pulang ke hotel tido.









