Banyak entry yang
tertunggak mood tak berapa nak sampai nak menaip, kisah semalam. Kami makan di
Pak Ngah Cafe di Setapak dekat je dengan rumah aku ,pemilik restoran Datuk Suhaimi
Mohd. Zain @ Pak Ngah.
Pak Ngah sudah begitu
sinonim sebagai komposer yang mengubah lagu-lagu berentak tradisional dan
etnik. Karyanya bukan sahaja dialunkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk
Siti Nurhaliza tetapi juga penyanyi-penyanyi irama tradisional dan etnik lain
termasuk Noraniza Idris, Syura dan Zehra Zambri. Lagu-lagu seperti Cindai,
Balqis, Ya Maulai, Hati Kama (lagu duet Siti dengan Noraniza Idris) dan Nirmala
merupakan senarai lagu ciptaan Pak Ngah ni ada die dekat wallpaper belakang
kaunter Cashier die dan-dan jugak aku terigat dekat Siti Nurhaliza.
Kami pesan banyak boleh tahan banyak jugak :
1.Nasi Goreng Kampung ( 2) / Bandung Cincau
2.Black Papper Grill / Barli
3. Burger Special / Apple Asam Boi
4. Nasi Ayam Kukus / Ribena Laici
5. Kueteow Goreng / Teh Tarik
Banyakkan makan makanan ok sedap dan murah puas hati sangat
lepas-lepas ni boleh lepak sini makan lagi.