Friday, 20 January 2012

PAP SMEAR

Siapa yang dah menjalani ujian Pap Smear? dah agak dah mesti ramai yang belum menjalani ujian ni kan, termasuklah aku salah seorang daripada nye niat di hati tu ada untuk melakukan ujian ni tapi entah bila aku pun tak tahu. Tapi yang pasti aku akan lakukan jugak suatu hari nanti. Ok sebelum kita pergi lakukan ujian pap smear atau papanicolau ni kita baca info nye dulu ok info ni aku dapat dari Hospital Metro Meternity, aku pasti ramai yang tahu pasal kenser serviks ni tapi info dan bagaimana cara doktor melakukan ujian kita tak tahukan itu yang ramai bajet sakit n takot  tu yang ramai tak buat ujian ni kan tapi lepas baca info dari Hospital Metro Meternity pasti akan hilang rasa takut , malu untuk buat ujian ni.

Pap smear atau ujian papanicolaou, Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Bila patut melakukan ujian pap smear?

Setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala. 

Apa yang perlu dilakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

  Tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks,
2.
Menyembur kawasan vagina,
3.
Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina          .     

Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1.
Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2.
Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3.
Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4.
Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi. 
 
Apakah kelebihan lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1.
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.
Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus  menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah. 
 
Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks.  Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok. 

Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.

                                                          gambar ehsan dari cik google:

Friday, 13 January 2012

APAM TAK BERAPA DOT-DOT

Selamat Petang hari ni aku tunjuk resepi apam dot-dot yang tak berapa nak dot-dot sangat pasalnye baru nak mencuba, resepi seperti biase aaa dari k.ita MASAM MANIS.  Waktu ni percubaan pertama buat apam jadi aku agak risau takot tak menjadi jew, kalau korang tengok betul-betul paper cup nye banyak lebih, apam nye jadi macam sikit jew kan? bukan pasal kedekut pasal nye aku bajet apam ni akan kembang mekar and aku takot die jadi sempai terjuih-juih melimpah tu yang aku bubuh sikit-sikit jew huhuhu. Apam ni sedap dan sangat mudah hendak membuatnya ok sini ada resepi kasi cuba buat aaaaa terima kasih k.ita kerana kongsi resepi mintak halal ek? huhuhu

BAHAN-BAHANNYA:

  • 3 biji telur sejuk dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar atau santan (aku pakai susu segar jew)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu teh paste vanila
  • perasa (aku bubuh jem strawbery)
  • pewarna hijau,biru,pink

  • papper cup 

  • piping beg

  • acuan k.ita pakai acuan lompang aku tak pakai acuan lompang pakai acuan lain name ape tak tau tapi die kecik jew 
  •  *  kena pakai acuan tau kalau tak nanti bile siap kukus apam jadi leper tak pun jadi macam bentuk biskut almond london.
CARA-CARA
1.  Masukkan semua bahan yang dah aku highlight siap-siap yang colour merah tu ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum 6-8 minit sampai kembang. Kemudian korang bagi-bagi kan adunan kepada tiga lepas tu bubuhkan pewarna merah,biru dan hijau.
 
2.  Lepas tu masukkan warna-warna yang dah diasingkn tadi dalam piping beg , warna hijau ,pink dan biru susun papercup siap-siap dalam acuan kemudian picitkan adunan kedalam paper cup taruk adunan  separuh penuh pun tak ape jangan terlampau banyak nanti nak taruk perasa jem  melimpah pulak.  

3. Sekarang kita masukkan perasa jem td jgn taruk banyak skit jew hujung-hujung sudu kecil jew .
Kemudian kita dot-dot kan mengikut warna-warna yang berbeza pula. 

4. Kemudian kita panaskan kukusan, tutup penutup kukusan dengan kitchen towel bagi mengelakkan air kukus menitis kat apam nanti. Api sederhana panas dan kukus selama 10-15 minit .







Selamat Mencuba....

Wednesday, 11 January 2012

Semuanya angkara SI RM.

     Korang mesti pernah tengok drama-drama citer melayu yg selalunye jalan cerita nye pasal keluarga yang berebut harta setelah kematian orang tuanya. Kadang-kadang korang penah tak terfikir yang berkemungkinan satu hari nanti benda cam tu akan jadi pada diri korang? mesti tak kan? tp kalau yg da terjadi atau yang dah terkena pasti tau bagaimana keadaannya dan situasinya kan yang mane kadangkala org yg tidak disangka2 yg kita tgk baik rupa parasnya alim kopiah tak tinggal atas kepala masjid x tinggal tp bile bab2 RM terus entah kemana pergi kopiah,masjid nye, yg tgk RM mcm tgk aiskrim kt padang pasir punya laa teruja. RM ni mng besar nilai nye sampai kn manusia dah x boleh nilai lagi silatulrahim antara adik beradik sauda mara,  boleh  terputus hubungan terus disebabkan RM besarkn nilai RM. 
      Pada aku satu je kita ni perlu bersikap bersederhana dalam ape sahaja keadaan dan  jgn over-over klu da over tu yang jadi lain kesudahannya.
Kadang-kadang ada yang kedekut gila x hinggat nye bayangkan padahal RM ada, tp x tahu laa kan klu hutang nye ALONG duduk kt keliling pinggang die ke kan  huhuhu, org nk wat mkn2 mtk aaa RM skit just for tambah-tambah RM club skit jew boleh bantai kasi RM1 jew zaman skang ni nk g kedai mamak bawak RM1 dapat gula2 5biji jew tau, busuk2 pn kasi aaa RM5 pn boleh aaaa kn tp klu sampi hari mkn2 tu ko dlu yg melantak nye an x hinggat nye. Semuanya angkara SI RM.

Tuesday, 10 January 2012

Pertama Kali

Baru-baru nk mencuba an testing2 1..,2...,3... haha jdik2 aaa ni bukan niat nk ikut org buat blog so aku pn buat blog, tidak sama sekali niat aku kt sini cuma nk mencoret rasa hati berkongsi ilmu rahsia dan petua serta cerita itu sahaja.
Today story ..... one of my friend bli produk kecantikan made frm korea, sebenarnya aku yg promote kt die aku tgk byk sgt tetsimoni nye semua menjadi muke pn jd glow n cantik berseri-seri macam org nk naik pelamin kau huhuh actually aku dah mng pasang niat nk beli tp memandangkan RM bru lepas banyak melayang-layang mcm burung layang-layang aku pun simpan dlu niat tu, kwn aku ni kebetulan cakap tgh cari2 produk utk menambahkan lg kejelitaan diwajah nye aku pn promote aaa die bli die tak banyak soal trs order. Baru kejap tadi barang pun da sampai so kita just wait for da result tgk cm ne berseri-seri ke tidak muke die.