Selamat Petang hari ni aku tunjuk resepi apam dot-dot yang tak berapa nak dot-dot sangat pasalnye baru nak mencuba, resepi seperti biase aaa dari k.ita MASAM MANIS. Waktu ni percubaan pertama buat apam jadi aku agak risau takot tak menjadi jew, kalau korang tengok betul-betul paper cup nye banyak lebih, apam nye jadi macam sikit jew kan? bukan pasal kedekut pasal nye aku bajet apam ni akan kembang mekar and aku takot die jadi sempai terjuih-juih melimpah tu yang aku bubuh sikit-sikit jew huhuhu. Apam ni sedap dan sangat mudah hendak membuatnya ok sini ada resepi kasi cuba buat aaaaa terima kasih k.ita kerana kongsi resepi mintak halal ek? huhuhu
BAHAN-BAHANNYA:
- 3 biji telur sejuk dr peti ais
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150 ml susu segar atau santan (aku pakai susu segar jew)
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovalette
- 1 sudu teh paste vanila
- perasa (aku bubuh jem strawbery)
- pewarna hijau,biru,pink
- papper cup
- piping beg
- acuan k.ita pakai acuan lompang aku tak pakai acuan lompang pakai acuan lain name ape tak tau tapi die kecik jew
- * kena pakai acuan tau kalau tak nanti bile siap kukus apam jadi leper tak pun jadi macam bentuk biskut almond london.
CARA-CARA
1. Masukkan semua bahan yang dah aku highlight siap-siap yang colour merah tu ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum 6-8 minit sampai kembang. Kemudian korang bagi-bagi kan adunan kepada tiga lepas tu bubuhkan pewarna merah,biru dan hijau.
2. Lepas tu masukkan warna-warna yang dah diasingkn tadi dalam piping beg , warna hijau ,pink dan biru susun papercup siap-siap dalam acuan kemudian picitkan adunan kedalam paper cup taruk adunan separuh penuh pun tak ape jangan terlampau banyak nanti nak taruk perasa jem melimpah pulak.
3. Sekarang kita masukkan perasa jem td jgn taruk banyak skit jew hujung-hujung sudu kecil jew .
Kemudian kita dot-dot kan mengikut warna-warna yang berbeza pula. 4. Kemudian kita panaskan kukusan, tutup penutup kukusan dengan kitchen towel bagi mengelakkan air kukus menitis kat apam nanti. Api sederhana panas dan kukus selama 10-15 minit .
Selamat Mencuba....
No comments:
Post a Comment