Wednesday, 12 December 2012

TIRAMISU CAKE

Monday, 3 December 2012

Pavlova

Kali nie order dari k.iza plak...
yang nie pun same cream puff

MINI PAVLOVA

Pic yg dah berhabuk baru nak masukkan heheheh...

RED VELVET CAKE

RV setengah kilo mase timbang kek sahaja tapi bile dah bubuh topping bagai2 ada gak sekilo ni....

Pavlova..... 2 Layer.....

Pavlova ..... order dari K.lin 2 layer Aisyah 1 layer

CUP CAKE ...COKLAT...

Order cup cake lagi kali ni CC coklat topping cream cheese...birthday anak ofcmate yang sangat2 suke dengan cartoon Angry Birds...
order dari member ofc...16pcs....
ada angry birds satu pasal anak nye suke sangat2 dengan Angry Birds..... Thks..ida...

DURIAN CREPE

Assalamualaikum...& selamat pagi.... dah lame kot tak update blog... sekarang ni tengah popular gilessss DURIAN CREPE ni kan konpem ramai yang dah makan.... ada resepi dengan whipping cream... ada gak dengan kastard filling kn.....ni nak post pic first trial DC yang saya buat... jangan gelak tau....
heheeh warna kureng skit.... isi kureng jugak tu yang jadinye tak berapa gemuk & tembam....tengok pic yang telah jadi dengan jayanye...
setelah tiga ke empat kali cubaan alhamdullillah .... berjaya dan order pun boleh tahan alhamdulillah....
gemuk-gemuk..tembam-tembam...
* kalau ada yang berminat nk order blh sms ke saya 0126323635 area setapak, gombak, wangse maju, keramat , setiawangsa......1 paket 5pcs RM10.00 Shj...

Thursday, 13 September 2012

CREAM PUFFF.....LAGI...

Selamat tengahhari semua, alhamdulillah hujan rahmat ..... kurang sikit rasa panas .... cream puff ni paling senang nak buat cepat dan sedap.......


sedap..... kena pulak dengan filling nye lagi nyummmmyyyy..... 

Wednesday, 12 September 2012

MINI PAVLOVA .....


Mini pavlova, with fresh cream ok serta buah-buahan yang segar jugak...... simpan dalam peti sejuk pas tu baru makan hemmmmm sedapppp.

Monday, 3 September 2012

VANDALISME.....


      Masih lagi berada dalam bulan Syawal, selamat petang semua.... hari ini aku nak cerita pasal bam bam tercepit sewaktu bermain di playground. 

        Semalam pergi beraya rumah saudara di Rawang, bam bam excited tengok playground biasa laa budak-budakkan serupa la macam kita ini orang tua excited bile suami nak belikan gelang emas baru..... aku boleh tak perasan yg gelongsor tu pecah bile bam bam turun ape lagi " mummy tolong tercepit nie tangan ni tercepit ni " sambil menangis ... aku cuba nak keluarkan ibu jari die yang tersepit kat celah gelongsor tu tapi tak boleh aku ni dah gabra tahap babun ni... jerit panggil suami bagi tau jari bam bam tercepit .. suami aku pun tekan gelongsor yg pecah tu baru boleh keluar tangan bam bam, bam bam nangis kejap je biase laa hero kan.. tapi bile aku belek tangan die biru jugak laaa lepas tu rilek je macam tak ada ape-ape jew kan


Ini adalah antara perkara-perkara yang dilarang sewaktu berada di taman permainan selalunya ada papan tanda dari DBKL atau dari Majlis Daerah yang kita diduduki

 
ANDA ADALAH DILARANG :-

1) Di Larang - Merosakan atau mengalih sebarang alat-alatan dan notis-notis
2) Di Larang - Memotong atau merosakan mana-mana pokok dan bunga
3) Di Larang - Menegakkan struktur tanpa kebenaran
4) Di Larang - Membuang sampah merata-rata
5) Di Larang - Menjaja
6) Di Larang - Membawa anjing atau binatang-bintang lain
7) Di Larang - Berbasikal/ Bermotor
8) Di Larang - Berkelakuan sumbang dan tidak senonoh
9) Di Larang - Memasuki Taman ini dari pukul 12 malam hingga 5.00 pagi.
.
Pengajaran pada aku lepas nie kena lebih fokus kalau anak-anak bermain di taman permainan.(gambar semua ihsan dari cik google).  
 

Monday, 27 August 2012

SELAMAT HARI RAYA.....

Lambat ke? tak laa kan masih dalam bulan Syawal lagi ....... sibuk laaa kita balik kampung kalau dah balik kampung jangan harap laaa nak bukak fb k cek email ke semua pun malas...... di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua umat islam MAAF ZAHIR DAN BATIN..... banyak le open house confirm dapur rumah tutup itu belum kira jemputan orang kahwin lagi.......

Friday, 13 July 2012

COKLAT....

Ok yang ini plak coklat untuk bam..bam... 

sedap.......saya menggunakan milk compaund dibawah sedappp....

CUPCAKE....


Salam lama tak update blog, CC ni da lame order baru jew nk masukkan gambar nye. Ini CC Carrot Epal resepi dari Kak Ita http://fromintankitchen.blogspot.com/ hemmm sedap-sedap tambah kacang dan fresh cream cheese pergghhhhh terbaik .......
terima kasih Huda.......

Wednesday, 2 May 2012

DAPAT HADIAH......S-26

TARAAAAA......

 Nie susu si budak bam-bam dari lahir da minum S-26 sampai sekarang da pun langkah 3, alhamdullilah bam-bam minum susu ni ok semua pun ok laa pernah sekali masa die umur 6 bulan macam tu pernah aku tukar die ke susu Dumex die minum tapi pegeluaran/pembuangan  die jadi keras sangat-sangat kesian tengok die, so aku tukar pakai S-26 sampai laaa sekarang. Bam-bam dapat hadiah ni...

da ada semua koleksi berus gigi kalau tak silap ada 3 warna & binatang berbeza-beza, tak tahu laa kalau beli di pasaraya macam carefour k giant k dapat tak hadiah cam gini . Dapat lagi yang ini pulak

siap letak kaki atas kotak tu hemmmm peaca one.... orang peace two  bedal aaaaaaa











ha jangan tak percaya....korang ada.... bam-bam ada hahhahah....


















ini laaaa isi-isi di dalam nye terima kasih S-26.....


CREAM PUFFFFF

Cream Puff  terbaik punya sedap sangat dan teramat mudah sangat resepi macam biase dari k.ita masammanis, sapaw lagi kan.

CUP CAKE SOFEA 10YRS

salam dan selamat petang semua, lama tak masukkan story aku baru masuk ofice setelah 2 minggu bercuti kerana menjalankan pembedahan kecil di mata (ayat mcm budak skema aa plak bedal jew aa). Ni dapat rezeki anak buah nk sambut birthday dekat sekolah so mintak aku buatkan cupcake untuk die nak cakap aku ni profesional tu memang tak lah tapi takat nak buat melantak sendiri insyaallah buleh la. Sofea mintak 50 biji jew pada aku banyak dah tu pasal kita bukan buat selalu kan nasib En.Suami ada bagi tangan untuk membantu walaupun terkial-kial kami ni . Yang penting sekali alhamdulliah siap dan respon dari Sofea " Cik Ilah kawan-kawan kate sedap and tanye kalau nak beli" huhuhu aku tersengih buntut da kembang macam pasu tempayan hahahahh.


Kotak satu lagi En.Suami lupa amik gambar selamat aaa dok dalam peti ais da mase ni pasal butercream da mula cair sikit-sikit. Resepi nanti aku letak kemudian ek.

Wednesday, 4 April 2012

Pokok Strawbery ku....



Selamat petang semua, hari ini  aku nak bercerita pasal berkebun pulak ek, minggu lepas aku pergi tailor hantar baju bukan utk buat baju raya tau hahah lepas pergi tailor terus shoot ke sungai buloh kalau dah ke sungai buloh ape lagi ke benda nya kalau bukan tanam-tanaman. Niat hati meronta-ronta nak cari pokok anggur pasal suke tengok daunnye yang menjalar-jalar cantik jew kan g tanye tak ada kecewa aku, pusing-pusing lagi dengan bawak Madam Muah2(ibuku yang tercinta), en.suami, si tembam & si gemok(adk aku yg bongsu) alih-alih jumpa yang ni en.suami da sound kalau mummy nak yang ni amik laaa, dalam hati berbunga2 plus berbuah-buah dah hahaha tak cakap banyak da amik jew aaa, Madam Muah2 lak tgk aku beli die pun ape lagi knp ko x belikan untuk mak satu hahhaha ok patah balik kt kedai auntie tu beli satu lagi utk Madam Muah2 tak sempat masuk keta kot si tembam dah petik satu die bedal kt situ jugak hangin aku.pusing2 lagi lepas tu penuh keta aku ngan pokok n pasu lagi-lagi yg Madam Muah2 punya penuh daa.Pokok Strwbry ni kalau tak silap RM12 jew.

Yang nie aku letak kat belakang rumah pasal redup sikit kalau letak kat depan nanti kena matahari sgt tak pasal2 dah layu .Esok aku masuk kan lagi pic pokok-pokok yang dah dibelikn oleh en.suami tercinta and Madam Muah2.

Thursday, 1 March 2012

HOKAIDO CHIFON

Salam, dan selamat pagi semua resepi ni saya copy paste dari sifu ... k.ita Masammanis ....  rase terbaikkkkkkk lembut dan tak berapa manis suke sangat.....

Kalau dah buat mesti kena makan kalau dah makan mesti berat pun bertambah sihat dan sihat aaa jawabnye kan ape lagi. Tapi nak mintak ampun dan maaf pada k,ita pasal dah terderhaka sikit pasal nye saya taruk colour hijau dan perasa epal oleh kerana esen vanila ku habis jadi tak mau kasi bau telur kita kasi bedal jew laa ape yang ada kan....

Resepinya:

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila (saya taruk perasa epal )
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
masak atas dapur api sederhana tapi ingat dengan api sederhana dan kena kacau selalu untuk bagi die licin .K.ita buat pakai microwave pun boleh tapi saya tak ada microwave so pkai dpur gas jew huhuhu.


selamat mencuba....... terbaik...

Friday, 20 January 2012

PAP SMEAR

Siapa yang dah menjalani ujian Pap Smear? dah agak dah mesti ramai yang belum menjalani ujian ni kan, termasuklah aku salah seorang daripada nye niat di hati tu ada untuk melakukan ujian ni tapi entah bila aku pun tak tahu. Tapi yang pasti aku akan lakukan jugak suatu hari nanti. Ok sebelum kita pergi lakukan ujian pap smear atau papanicolau ni kita baca info nye dulu ok info ni aku dapat dari Hospital Metro Meternity, aku pasti ramai yang tahu pasal kenser serviks ni tapi info dan bagaimana cara doktor melakukan ujian kita tak tahukan itu yang ramai bajet sakit n takot  tu yang ramai tak buat ujian ni kan tapi lepas baca info dari Hospital Metro Meternity pasti akan hilang rasa takut , malu untuk buat ujian ni.

Pap smear atau ujian papanicolaou, Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.  Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel  kanser adalah cerah sebelum menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Bila patut melakukan ujian pap smear?

Setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala. 

Apa yang perlu dilakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

  Tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks,
2.
Menyembur kawasan vagina,
3.
Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina          .     

Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1.
Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2.
Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3.
Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4.
Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi. 
 
Apakah kelebihan lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1.
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.
Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus  menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah. 
 
Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks.  Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok. 

Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear.

                                                          gambar ehsan dari cik google:

Friday, 13 January 2012

APAM TAK BERAPA DOT-DOT

Selamat Petang hari ni aku tunjuk resepi apam dot-dot yang tak berapa nak dot-dot sangat pasalnye baru nak mencuba, resepi seperti biase aaa dari k.ita MASAM MANIS.  Waktu ni percubaan pertama buat apam jadi aku agak risau takot tak menjadi jew, kalau korang tengok betul-betul paper cup nye banyak lebih, apam nye jadi macam sikit jew kan? bukan pasal kedekut pasal nye aku bajet apam ni akan kembang mekar and aku takot die jadi sempai terjuih-juih melimpah tu yang aku bubuh sikit-sikit jew huhuhu. Apam ni sedap dan sangat mudah hendak membuatnya ok sini ada resepi kasi cuba buat aaaaa terima kasih k.ita kerana kongsi resepi mintak halal ek? huhuhu

BAHAN-BAHANNYA:

  • 3 biji telur sejuk dr peti ais
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar atau santan (aku pakai susu segar jew)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu teh paste vanila
  • perasa (aku bubuh jem strawbery)
  • pewarna hijau,biru,pink

  • papper cup 

  • piping beg

  • acuan k.ita pakai acuan lompang aku tak pakai acuan lompang pakai acuan lain name ape tak tau tapi die kecik jew 
  •  *  kena pakai acuan tau kalau tak nanti bile siap kukus apam jadi leper tak pun jadi macam bentuk biskut almond london.
CARA-CARA
1.  Masukkan semua bahan yang dah aku highlight siap-siap yang colour merah tu ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksimum 6-8 minit sampai kembang. Kemudian korang bagi-bagi kan adunan kepada tiga lepas tu bubuhkan pewarna merah,biru dan hijau.
 
2.  Lepas tu masukkan warna-warna yang dah diasingkn tadi dalam piping beg , warna hijau ,pink dan biru susun papercup siap-siap dalam acuan kemudian picitkan adunan kedalam paper cup taruk adunan  separuh penuh pun tak ape jangan terlampau banyak nanti nak taruk perasa jem  melimpah pulak.  

3. Sekarang kita masukkan perasa jem td jgn taruk banyak skit jew hujung-hujung sudu kecil jew .
Kemudian kita dot-dot kan mengikut warna-warna yang berbeza pula. 

4. Kemudian kita panaskan kukusan, tutup penutup kukusan dengan kitchen towel bagi mengelakkan air kukus menitis kat apam nanti. Api sederhana panas dan kukus selama 10-15 minit .







Selamat Mencuba....

Wednesday, 11 January 2012

Semuanya angkara SI RM.

     Korang mesti pernah tengok drama-drama citer melayu yg selalunye jalan cerita nye pasal keluarga yang berebut harta setelah kematian orang tuanya. Kadang-kadang korang penah tak terfikir yang berkemungkinan satu hari nanti benda cam tu akan jadi pada diri korang? mesti tak kan? tp kalau yg da terjadi atau yang dah terkena pasti tau bagaimana keadaannya dan situasinya kan yang mane kadangkala org yg tidak disangka2 yg kita tgk baik rupa parasnya alim kopiah tak tinggal atas kepala masjid x tinggal tp bile bab2 RM terus entah kemana pergi kopiah,masjid nye, yg tgk RM mcm tgk aiskrim kt padang pasir punya laa teruja. RM ni mng besar nilai nye sampai kn manusia dah x boleh nilai lagi silatulrahim antara adik beradik sauda mara,  boleh  terputus hubungan terus disebabkan RM besarkn nilai RM. 
      Pada aku satu je kita ni perlu bersikap bersederhana dalam ape sahaja keadaan dan  jgn over-over klu da over tu yang jadi lain kesudahannya.
Kadang-kadang ada yang kedekut gila x hinggat nye bayangkan padahal RM ada, tp x tahu laa kan klu hutang nye ALONG duduk kt keliling pinggang die ke kan  huhuhu, org nk wat mkn2 mtk aaa RM skit just for tambah-tambah RM club skit jew boleh bantai kasi RM1 jew zaman skang ni nk g kedai mamak bawak RM1 dapat gula2 5biji jew tau, busuk2 pn kasi aaa RM5 pn boleh aaaa kn tp klu sampi hari mkn2 tu ko dlu yg melantak nye an x hinggat nye. Semuanya angkara SI RM.

Tuesday, 10 January 2012

Pertama Kali

Baru-baru nk mencuba an testing2 1..,2...,3... haha jdik2 aaa ni bukan niat nk ikut org buat blog so aku pn buat blog, tidak sama sekali niat aku kt sini cuma nk mencoret rasa hati berkongsi ilmu rahsia dan petua serta cerita itu sahaja.
Today story ..... one of my friend bli produk kecantikan made frm korea, sebenarnya aku yg promote kt die aku tgk byk sgt tetsimoni nye semua menjadi muke pn jd glow n cantik berseri-seri macam org nk naik pelamin kau huhuh actually aku dah mng pasang niat nk beli tp memandangkan RM bru lepas banyak melayang-layang mcm burung layang-layang aku pun simpan dlu niat tu, kwn aku ni kebetulan cakap tgh cari2 produk utk menambahkan lg kejelitaan diwajah nye aku pn promote aaa die bli die tak banyak soal trs order. Baru kejap tadi barang pun da sampai so kita just wait for da result tgk cm ne berseri-seri ke tidak muke die.