Tuesday, 31 December 2013

SAHABAT BAIK



Bile die berdua jadik sahabat baik ... tido sebantal, pemerhati main game .... apaknya cakap Fahmie nak adik barangkali nak ada kawan, kesian dekat Fahmie.... hahahahha







Friday, 27 December 2013

1. DURIAN CREPE 2. OREO 3. CHOC MILO 4. PAVLOVA 5. TART



Minggu Depan Ada Yang Nak Selit Order Email Saya Ye 





1.  DURIAN CREPE
2.  OREO
3.  CHOC MILO
4.  PAVLOVA
5.  TART









LASAGNA



Lasagna Yang Banyajk Permintaan Cuma Aku Jew Yang Malas Nak Buat Pasal Leceh Weiiii, Kemudian Ye Saya Masaukan Resepi Korang Layan Gambar Jew Dulu Kasi Terliur Air Liur Hahahahahha 






Thursday, 26 December 2013

RED VELVET RESEPI


“ Selamat Datang..Sila Tinggal Link Kat Komen, Nanti LOVE Balas Kunjungan”




RED VELVET (RVC)


5 biji telur 

250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright 
1 cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan

1. Panaskan ketuhar 180.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak


KRIM:
500 gram krim Cheese
1 cawan whipping cream
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).


NOTA:

Jike tiada buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
































 

Tuesday, 24 December 2013

SNOW CHEESE CAKE

Hari ni bagi resepi snow cheese cake pulak sumber dari K.ZAI terima kasih kak sudi kongsi resepi.





Snow Cheese Cake
Sumber:K.Zai
Bahan:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis - (satukan dan kacau )

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.

2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega
cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3.Sediakan acuan yang telah disapu dengan sedikitbutter.

4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam
dengan kepanasan 150'C.

5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2
kek supaya menjadi dua bahagian.

6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek
di atasnya.

7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.

9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.

Monday, 23 December 2013

PADANG BUKIT TINGGI

Entry dah lame ini baru ada kesempatan nak masukkan pergi Padang Indonesia lagi huhhuhu sebelom ni pernah pegi tahun 2006 kalau tak silap sepupu kahwin dengan orang sana .... ni pegi lagi tahun lepas MEI 2012 suke sangat pegi Padang pasal tempat die tak sibuk sangat pegi tak ramai berenam jew layan gambar ek.



kami pergi tak lama cuma 3 hari 2 malam tiket murah AA mase tu kalau tak silap sorang RM80 return


kami menginap di the hills dekat dengan Jam Gadang jalan kaki jew...



Jalan-jalan dekat Pasar Ateh(betulkot ejaannya tak ingat dah sory kalau salah)tak sempat nak pegi Aur Kuning nak pegi pun macam malas pasal ada budak kenit ni payah skit.




makan malam di Rumah Makan Famili Benteng sedap....


Wednesday, 18 December 2013

BUKIT KLUANG


First entry gambar seksi dah hahahah, ini gambar lama masa balik kampung suami layan ye gambar Bukit Kluang



Budak ni pantang tengok air dah mandi pun datang sini mandi lagi layan jew laa kalau tak bagi nanti mengngamuk



Apaknya cakap ada tempat cantik lagi tengok-tengok ada laluan celah batu dalam hati lepas ke aku nak lalu ni macam sangkut jew


Alhamdulillah lepas jugak, cantik tak ada orang kami bertiga jew dekat situ. Dah baju tak bawak telanjang aaa gamaknya dah tak ada orang kan.