layan gambar yup ....
Friday, 28 March 2014
Monday, 17 March 2014
UMRAH
Cerita semalam pergi ke KLIA menghantar emak menunaikan
umarah semoga selamat pergi dan balik.
Nenek sempat main cak-cak dengan Fahmie mase ni senggeh lagi heheheh
Mase ni nenek dah jauh sikit die dah bergenang air mata heheheh.
SELAMAT JALAN EMAK SEMOGA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MENUNAIKAN IBADAH, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN.
AMIN..
Tuesday, 11 March 2014
Thursday, 6 March 2014
AIR LEMON
Pada aku, aku panggil air hilangkan stress dan letih setiap kali aku rasa letih dan stress
aku akan bancuh air ini. Resepi nya dapat masa pergi SPA dengan mak lepas kena
urut die akan bagi air ini jadi aku pun tamya kan dekat tokey nya ape resepi
nye heheheh menurut tokey SPA air ini bagi bagus untuk menghilangkan letih
penat stress semua. Ini ada aku letak kan sekali khasiat lemon yummyy feveret
okey...
Berikut adalah 12 kebaikan dan
faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Kalau korang hendak tahu
khasiat gula perang tanya dekat cik google ek..
Bahan-Bahan :
- Lemon
- Gula Perang
- Air suam
Cara: Air suam tadi
campurkan dengan 6 sudu gula perang dan kacau lepas itu perah lemon tadi campur
dalam air suam dan gula perang kacau sebati .
Subscribe to:
Comments (Atom)